Politik

Kajian dapati pengundi tidak beri PH peluang, gagal laksana manifesto

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional melalui calonnya, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dijangka mempunyai peluang untuk memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung Sabtu ini.

Kajian yang dilakukan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dengan kerjasama sekumpulan penyelidik dari sebuah institusi pengajian mendapati 51 peratus daripada 300 responden yang ditemui menyatakan PH tidak perlu terus diberi peluang untuk memerintah.

“Sebanyak 68.3% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya melaksanakan manifestonya dan

57 peratus responden menyatakan kehidupan mereka tidak bertambah baik selepas PH memerintah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic and Integrity Institute, Dr. Wan Mat Sulaiman.

Kaji selidik bebas bertajuk “Kaji Selidik Mengenai Kecenderungan Pengundi Dalam PRK Tanjung Piai” membabitkan 300 orang responden yang merupakan pengundi berdaftar dalam PRK Tanjung Piai pada 7, 8 dan 9 November 2019.

Responden yang dipilih secara rawak dalam kajian adalah representatif kepada komposisi sebenar pengundi melibatkan 58.7% Melayu, 40.0% Cina dan 1.0% India berbanding komposisi sebenar pengundi 57.6% Melayu, 41.4% Cina dan 0.9% India.

Berikut dapatan utama lain kaji selidik iaitu:

1. 68.3% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya melaksanakan manifestonya di Malaysia berbanding 20.7% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya melaksanakan manifestonya di Malaysia.

2. 60.7% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya melaksanakan manifestonya di Johor berbanding 20.0% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya melaksanakan manifestonya di Johor.

3. 58.7% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya memperbaiki kedudukan ekonomi negara berbanding 28.7% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya memperbaiki kedudukan ekonomi negara.

4. 57.0% responden menyatakan kehidupan mereka tidak bertambah baik selepas PH memerintah berbanding 21.0% responden yang menyatakan kehidupan mereka bertambah baik selepas PH memerintah.

5. 55.7% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya menjaga kepentingan kaum dan agama mereka berbanding 31.3% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya menjaga kepentingan kaum dan agama mereka.

6. 50.0% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya menjaga keharmonian dan keselamatan negara berbanding 35.3% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya menjaga keharmonian dan keselamatan negara.

Petanda sangat jelas mengenai penerimaan pengundi Tanjung Piai kepada calon BN, Jeck Seng, pula boleh dilihat di dalam dapatan-dapatan utama lain kaji selidik iaitu:

1. 61.7% responden menyatakan calon yang paling mereka kenali, senangi dan hormati secara peribadi adalah calon BN, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, berbanding 24.0% responden yang menyatakan calon yang paling mereka kenali, senangi dan hormati secara peribadi adalah calon PH, Karmaine Sardini.

2. 61.7% responden menyatakan calon yang paling mampu memperjuangkan kepentingan mereka adalah calon BN, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, berbanding 24.0% responden yang menyatakan calon yang paling mampu memperjuangkan kepentingan mereka adalah calon PH, Karmaine Sardini.

3. 56.7% responden menyatakan Ahli Parlimen Tanjung Piai dari BN 2008-2018, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng, adalah lebih baik prestasinya berbanding 19.7% responden yang menyatakan Ahli Parlimen Tanjung Piai dari PH 2018-2019, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, adalah lebih baik prestasinya.-SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button