Nasional

Program MARA Prihatin di Pahang bantu lebih 1,300 pelajar

SERAMAI lebih 1,300 pelajar dari keluarga B40 dan asnaf di negeri Pahang telah menerima manfaat sumbangan bantuan persekolahan yang disalurkan melalui program MARA Prihatin sejak awal tahun 2022 melibatkan peruntukan berjumlah RM160,500.

Hari ini, seramai 300 pelajar lagi turut menerima manfaat bantuan yang sama sempena Program MARA Prihatin Ramadan yang dianjurkan agensi tersebut di daerah Kuala Lipis.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad berkata, usaha ini diharap dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya menjelang Syawal ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad ketika berucap di Program MARA Prihatin Ramadan di daerah Kuala Lipis semalam.

Sebahagian bantuan khas bernilai RM20,000 ini merupakan sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) untuk 200 pelajar sekolah rendah yang berkelayakan di daerah tersebut.

Manakala, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) turut memberi sumbangan zakat berjumlah RM20,000 yang memberi manfaat kepada beberapa orang pelajar KPTM dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) yang berasal dari Kuala Lipis, pelajar-pelajar sekolah menengah dan asnaf dari daerah yang sama.

Sumbangan zakat dari KPTM merupakan sumbangan hasil daripada wakalah zakat korporat yang diterima daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Di samping bantuan wang tunai, pelajar-pelajar ini turut menerima sumbangan kelengkapan aidilfitri berupa kuih Hari Raya.

“Bantuan ini adalah sebagai galakan kepada pelajar berkaitan untuk meningkatkan prestasi akademik yang secara tidak langsung menyumbang kepada kejayaan mereka pada masa hadapan,” jelas Abdul Rahman.

Tambah beliau lagi, “Saya percaya pelajar ini akan merebut dan menggunakan peluang yang disediakan oleh pihak MARA untuk melangkah dengan lebih jauh dan seterusnya akan dapat mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik.”

Hadir sama ke Program MARA Prihatin, Pengarah MARA Negeri Pahang, En. Soffian Bin Hj Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, En. Nordin bin Ahmad, wakil YPM serta usahawan-usahawan di bawah MARA. – SM

Baca artikel ini >

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button