BanjirNasional

Kedah negeri keempat buka pusat pemindahan banjir sementara

JIKA Perlis hujan seharian semalam dan cuaca di sekitara Lembah Klang juga tidak menentu dengan hujan pagi tadi di sekitar Subang Jaya, tidak hairanlah jika Kedah menjadi negeri keempat membuka pusat pemindahan sementara (PPS) manakala jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak dan Perak kekal setakat jam 9 pagi ini.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir di PPS di Kubang Pasu yang dibuka 9 malam tadi meningkat kepada 61 orang daripada 18 keluarga pada pagi ini berbanding 21 orang malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah dalam kenyataan memaklumkan, semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun serta status semasa air banjir semakin meningkat susulan keadaan hujan renyai.

PPS SMK Changlun menempatkan mangsa dari Kampung Nangmah dan Kampung Paya Nong Mi di Mukim Temin selepas air mulai naik di kawasan kediaman mereka pada 8.50 malam akibat hujan renyai melebihi lapan jam di daerah berkenaan.

Di Perak, jumlah mangsa kekal dengan 38 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Matang Tengah di daerah Kerian yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Changkat Lobak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak masih ditutup kerana air masih belum surut.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir kekal dengan lapan orang daripada tiga keluarga dari Kampung Buluh Balui, Kampung Batu Danau serta Kampung Pandak di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui.

Di Sabah pula, seramai 134 mangsa daripada 46 keluarga terjejas di Beaufort masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir akibat hujan lebat berterusan.

Dalam keadaan cuaca yang mungkin sedang mengalami perubahan angin monsoon, dinasihatkan semua yang ingin berkelah di tepi sungai dan pantai supaya berhati-hati.

Terutamanya di tepi sungai yang berkemungkinan boleh berlaku kepala air pada bila-bila masa.

Ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak-anak dengan lebih ketat lagi di waktu begini. – SM

BACA Tebing Sg Kob pecah, pusat pemindahan banjir diaktifkan

BACA Impak banjir: Pusat peruntuk RM57.2j kepada Perlis

(Visited 35 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button