Nasional

Tangani segera isu pembelajaran melalui maya – Raja Muda Perlis

ADA pihak meragui keberkesanan pelaksanaan pembelajaran maya kerana faktor jurang digital yakni di bandar dan luar bandar, kaya dan miskin. Ada laporan mendakwa pembelajaran maya akan meninggalkan jauh masyarakat miskin daripada terus menikmati pembelajaran. Namun, dipercaya hal ini boleh ditangani melalui pelbagai pendekatan. Paling penting, capaian internet perlu ditambah baik secara berterusan kerana kita tidak mahu ada pihak gagal mendapat hak pendidikan hanya kerana masalah akses.

Akibat daripada penularan Covid-19, kita perlu menerima hakikat bahawa sebuah kebiasaan baharu perlu kita harungi dengan persediaan yang amat rapi.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, kuliah terpaksa ditangguhkan dalam tempoh yang agak lama manakala pensyarah dan kakitangan universiti diminta untuk bekerja daripada rumah.

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) juga tidak ketinggalan telah mengikut saranan Kerajaan dengan bekerja atas talian menggantikan cara bekerja konvensional terutama melibatkan perjalanan selepas ini.

Perkembangan ini sudah tentu menjimatkan kos operasi universiti dengan budaya kerja baharu tanpa banyak pergerakan. Bekerja atas talian bermakna kita tidak lagi memerlukan ruang bekerja fizikal yang maksimum. Ini sudah tentu dapat menjayakan waktu bekerja anjal sekali gus menjimatkan kos operasi jika berjaya dilaksanakan dengan efisyen.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena ‘Majlis Pengurniaan Watikah Lantikan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIPs’ yang disempurnakan baginda selaku Tuanku Canselor di Kuala Perlis baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Senarai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIPs adalah terdiri daripada:-

a) Datuk Profesor Emeritus Ir. Dr. Ts. Kamarudin Hussin selaku Pengerusi,
b) Datuk Prof. Dr. Hj. Ahmad Redzuan Hj. Abd. Rahman,
c) Datuk Alim Setia Hj. Ahmad Jusoh,
d) Datuk Lela Perkasa Uztaz Mahamud Abdul,
e) Datuk Syed Omar Syed Mohammad Al-Saggaf,
f) Uztaz Nizamuddin Zakaria,
g) Dr. Azrul Azlen Abd. Hamid, dan
h) Profesor Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Hj. Othman yang juga merangkap Rektor universiti berkenaan. – SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button