KesihatanNasional

Tangani kesihatan mental dengan berhubung orang sekeliling – Raja Muda Perlis

Jika seseorang itu secara peribadi atau ada di kalangan ahli keluarga tersayangnya mengalami isu kesihatan mental pada waktu ini, cubalah bertahan dan mengawal emosi dengan sentiasa berhubung dengan orang di sekeliling.

Ini adalah kerana mengekalkan hubungan yang sihat dengan mereka yang kita percayai sangat penting untuk kesihatan mental kita.

Pada masa yang sama, ingatlah bahawa tidak mengapa untuk berkongsi kerisauan anda dengan orang yang dipercayai.

Jika anda tidak mampu untuk bercakap dengan seseorang yang anda kenali atau ianya tidak berkesan, anda boleh cuba menghubungi talian kesihatan mental seperti ‘Befrienders’ dan ‘Talian Kasih’.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada asnaf Aslam Mohamad Najib di Kampung Jejawi Dalam dekat Kangar baru-baru ini.


Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, kita harus cakna mengesan sebarang simptom yang mampu menyumbang kepada kemerosotan kesihatan mental dan mesti mempunyai
strategi tersendiri untuk mengatasinya dengan sebaik mungkin. – SM

(Visited 63 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button