Nasional

Tangani isu kritikal menjadi keutamaan kerajaan – Fahmi

FOKUS Malaysia Madani adalah untuk menangani isu kritikal seperti ketidaktentuan ekonomi, bencana alam dan kualiti hidup rakyat tahun ini.

Keutamaan kerajaan adalah untuk menangani isu seperti, membangunkan model pencegahan bencana alam, kesihatan dan keselamatan makanan, sistem untuk merapatkan jurang antara masyarakat luar bandar dan bandar serta inisiatif inovasi sosial untuk meningkatkan kehidupan mereka yang mempunyai sumber pendapatan terendah menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Penggunaan teknologi angkasa lepas merupakan alat terpenting dalam mengharungi cabaran masa kini.

Kapal angkasa

“Kemajuan dalam teknologi angkasa sudah pasti akan mengubah realiti fizikal pada abad akan datang dan mungkin memastikan kelangsungan hidup manusia,” katanya dalam ucaptama di Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi (LISF) 2023 bersempena dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’).

Malaysia akan terus membangunkan teknologi angkasa lepas sebagai sebahagian daripada pembangunan negara.

Menurut Fahmi, keutamaan kerajaan pada tahun ini adalah untuk menangani isu besar yang boleh meningkatkan pendapatan negara.

“Seperti yang digariskan dalam Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030), sektor angkasa lepas dijangka menyumbang sehingga RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030 melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030.

“Ia selaras dengan rancangan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030,” tambahnya.

Menjelang akhir tahun ini, beliau berharap Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2020 yang telah diwartakan pada 25 Jan tahun lepas akan dikuatkuasa sepenuhnya kerana ia merupakan sumber ekonomi baharu negara.

Beliau berharap Malaysia akan dapat menarik banyak syarikat angkasa lepas domestik dan antarabangsa untuk melabur dan menjalankan perniagaan di negara ini. -SM

Baca juga :Prospek perniagaan negara kekal positif

 

(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button