Politik

Yang DiPertua sahkan Dewan Rakyat bersidang 18 Mei

PERSIDANGAN Dewan Rakyat yang sepatutnya dibuka pada Isnin depan akan bermula 18 Mei.

Yang Dipertua Dewan Rakyat , Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, memberitahu beliau telah menerima surat makluman berhubung tarikh baharu itu malam tadi.

“Tiada persidangan pada 9 Mac (Isnin). Tarikh baharu Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei 2020,” katanya kepada BH, pagi ini.

Sebelum ini, Mohamad Ariff berkata, beliau akan menulis secara rasmi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengenahui sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac,

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan pada 9 Mac ini sehingga 16 April depan.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-SM

 

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button