NasionalNegeri

Tanam pokok: Sasaran Perlis sudah lebih 50 peratus

PERLIS telah merekodkan penanaman pokok sebanyak 108,599 pokok sehingga 23 Mei lalu iaitu bersamaan dengan 54.30 peratus daripada sasaran pada tahun ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia adalah satu pencapaian yang amat memberangsangkan.

Katanya, dengan Program Kembara Hijau Bersama Himpunan Outdoorians Malaysia (HOM) juga bakal mencatatkan penambahan rekod penanaman.

“Sebanyak 11,800 pokok lagi telah ditanam di mana keseluruhannya berjumlah 120,399 pokok iaitu bersamaan 60.20 peratus daripada sasaran tahun 2022,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis perasmian Program Kembara Hijau Bersama HOM Sempena Kempen Penghijauan Malaysia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Basikal Lasak di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program berkenaan.

Berkenan hadir, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khaleel.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Pengerusi Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri, Teh Chai Aan dan Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni.

Di sepanjang program, Takiyuddin melepaskan peserta di Kompleks Basikal Lasak Sungai Batu Pahat pagi ini di mana beliau telah mengetuai rombongan bermotosikal.

Selepas itu rombongan ke Seagate dan Pulau Kelam di Kuala Perlis untuk majlis Tanam Bakau Bersama Sukarelawan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Telnologi MARA (UiTM).

Rombongan ini kemudian bergerak ke Empangan Timah Tasoh, Beseri bagi acara Tanam Pokok Bersama Agensi Kerajaan.

Selain itu juga diadakan Gimik Tanam Pokok Bersama VIP sebelum berakhir acara Gimik Perasmian Pecah Tanah Projek Perlis Basecamp di Gua Kelam. – SM

(Visited 472 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button