Nasional

Tanam dadah di tepi rumah, pasangan tunang ditahan

PELBAGAI helah digunakan oleh pengedar dadah untuk mengabui pihak berkuasa termasuk bertindak menanam dadah di tepi rumah.

Helah pasangan tunang berusia 22 dan 21 tahun itu bagaimanapun tidak berjaya apabila ia berjaya dikesan oleh pihak polis.

Ia terbongkap melalui serbuan pada pukul 1 pagi di sebuah rumah di Kampung Jambu Bongkok, Merchang, Marang.

Dalam serbuan itu polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM500,000 dan wang tunai RM42,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung, memberitahu,  suspek lelaki ditahan di tepi jalan di kampung berkenaan kerana berada dalam keadaan mencurigakan.


“Hasil soal siasat membawa serbuan ke rumah suspek, sebelum polis menemui pelbagai jenis dadah iaitu 2051.90 gram (g) syabu, 1096.80g heroin, 899g pil kuda dan 4,500 mililiter kodien,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang hari ini.

Beliau memberitahu, suspek turut menunjukkan dadah jenis syabu yang ditanam di dalam empat lubang di sekitar rumah sewanya.

Katanya, ia dipercayai bekalan yang baru memperoleh minggu lalu dari negeri jiran untuk pasaran Terengganu.

“Suspek juga mempunyai tiga rekod jenayah lalu berkaitan dadah, manakala tunangnya tiada sebarang rekod.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan mereka direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button