Hiburan

Jangan gaduh sebab kek pisang saya – Nabila Huda

PASANGAN suami isteri bergaduh hanya kerana si suami tidak mengetahui yang isterinya membeli kek pisang yang dijual pelakon, Nabila Huda.

Itu antara gelagat pembeli yang dikongsikan Nabila menerusi akaun instagramnya dan perkara itu bukan kali pertama terjadi.

Menurut anak kepada Amy Search itu, kejadian itu telah menyebabkan penghantar makanan (rider) terpaksa menunggu sejam untuk pasangan terbabit menyelasaikan masalah tersebut.

“Kalau ada masalah rumah tangga, tolonglah jangan libatkan kek pisang saya. Kesian dekat rider yang terpaksa tunggu lama tu.

“Isteri order kek pisang saya, suami pula tak tahu dan takde order. Lepas tu rider kena tunggu sejam untuk pasangan tu selesaikan masalah mereka,” katanya.

Nabila turut berpesan kepada pelanggannya untuk fikir dahulu sebelum membuat pesanan kek pisang buatannya sama ada mereka betul-betul nak beli atau sekadar nafsu nak makan sahaja.

Jelasnya, dia sedikit pun tidak kecil hati atau kecewa jika peminat atau sesiapa sahaja tidak menempah kek pisangnya itu.

Tambah Nabila, dia tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi selepas ini kerana rider perlu hantar kek pisangnya dengan segera apatah lagi terdapat tempahan di kawasan yang jauh seperti Banting, Putrajaya dan Cyberjaya.

Nabila mula menjalankan perniagaan kek pisang yang diberi nama Hippesbananacake yang dibuat olehnya sendiri pada April lalu. – SM

(Visited 462 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button