Bencana alamNasional

Tanah runtuh, jalan Mantin-Seremban ditutup sementara

TANAH runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan Jalan Mantin-Seremban ditutup sementara di kedua-dua arah untuk kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Priscilla Carol Thomas berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.06 pagi tadi, dan lapan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ia hanya menyebabkan laluan utama terputus, iaitu untuk kedua-dua arah Mantin dan Seremban yang melalui Bukit Mantin,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata anggota bomba juga terus memantau sebarang pergerakan tanah, yang boleh mengakibatkan tanah runtuh.

Beliau menambah bahawa pihak berkuasa tempatan juga pergi ke tempat kejadian untuk membantu membersihkan tanah dan batu yang runtuh, dan penduduk tempatan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati di kawasan itu.

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button