Politik

UMNO mesti sesuaikan diri dengan perubahan untuk kekal relevan

UMNO perlu menyesuaikan diri dengan perubahan zaman bagi memastikan ia kekal relevan dalam menghadapi cabaran, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.

Beliau berkata. UMNO tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada sejarah pencapaian sejak penubuhannya 75 tahun lalu di semenanjung dan 31 tahun lalu di Sabah, sebaliknya perlu melakukan perubahan untuk menjadikan parti itu pilihan rakyat.

Bung, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan timbalan ketua menteri, berkata dasar dan kaedah Umno sedang diuji dengan cabaran.

“Akhirnya, rakyatlah yang akan menentukan masa depan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan sistem demokrasi,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun ke-31 UMNO di Sabah hari ini.

“Bagaimanapun, kita mesti menyesuaikan diri dengan perubahan di sekeliling kita kerana sehebat mana pun kita, jika kita tidak mahu melakukan perubahan, kedudukan parti akan terancam.”

Beliau berkata walaupun Umno dan BN telah melakukan banyak kebaikan, cabarannya kini berbeza kerana rakyat berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Rakyat mahukan kerajaan yang boleh membantu mereka pada masa yang sukar,” katanya.

Bung juga berkata, UMNO telah melalui banyak cabaran selepas melebarkan sayapnya ke Sabah pada 1991, tetapi episod yang paling menjejaskan parti ialah kekalahannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang mengakibatkan pelbagai tuduhan terhadap parti dan beberapa ahli keluar.

“Kami melihat masa ujian ini secara positif. Alhamdulillah, kita masih mempunyai pemimpin dan ahli parti yang berprinsip dan setia kepada perjuangan parti, sekali gus menjadikan UMNO Sabah lebih matang, kuat dan berpengalaman dalam menghadapi cabaran. Sehingga kini tiada satu pun bahagian Umno Sabah yang dibubarkan,” katanya. – SM

 

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button