Politik

Tanah Raub: Campur tangan politik sukarkan rundingan

KERAJAAN Negeri Pahang mungkin sukar mengadakan rundingan dengan 111 pekebun Durian Musang King di Raub, Pahang berhubung pencerobohan tanah di sana.

Hal demikian berikutan terdapat campur tangan parti politik dan rundingan yang akan diadakan nanti akan menyukarkan penyelesaian dilakukan.

Ini kerana, pemimpin DAP dan juga Pakatan Harapan (PH) yang terlibat dalam isu ini dipercayai akan merumitkan lagi rundingan antara pekebun dan Kerajaan Negeri.

“Selagi isu ini dimainkan oleh orang politik sebelah sana, selagi isu ini susah mencapai penyelesaian damai.

“Sebab ini bermakna jika pun kerajaan Pahang hendak berunding, mereka bukanlah berunding dengan pekebun durian tetapi berunding dengan DAP dan PH.

“Jadi lebih elok  jika segala ahli-ahli PH dan DAP tarik diri dalam isu ini.

“Biarkan orang yang benar-benar mewakili pekebun durian menyelesaikan isu ini.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengkritik Ahli DAP yang diangkat menjadi Pengerusi bagi kumpulan Perikatan Selamatkan Musang King (Samka).

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan, Wilson Chang Yee Chin yang cuba membela nasib pekebun durian itu mengaku sebagai ahli DAP.

Hal demikian didakwa Najib Razak akan menyukarkan rundingan antara pekebun dengan Kerajaan Negeri jika wujud campur tangan politik

Selain DAP, terdapat parti komponen daripada Barisan Nasional iaitu MCA yang sebelum ini turut meminta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi membela 111 pekebun terbabit.

Namun, Ahli Parlimen Pekan itu turut menyelar tuduhan terhadapnya yang mengatakan cuba mengaitkan isu ini dengan parkauman.

Tuduhan tersebut dikatakan dilempar oleh Wilson Chang kepada Najib Razak dengan mendakwa beliau cuba mempolitikkan isu berkenaan.

“Tetapi, dia suruh saya jangan politikkan isu durian ini dengan menunjukkan dia orang DAP.

“Walaupun dia juga yang dari awal-awal lagi minta ahli politik PH terlibat dalam isu durian ini.

“Lalu dia kata saya cuba jadikan isu durian ini menjadi isu perkauman kerana saya telah dedahkan DAP terlibat.

“Entah kenapa dia kata mendedahkan DAP terlibat bermaksud menjadikannya isu perkauman. DAP parti perkauman ke?,” soalnya. – SM

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button