Nasionalpilihan

Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di IJN

Bekas Ketua Pengarah Penjara, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan dimaklumkan telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada pukuk 10.15 pagi tadi.

Pemergian Allahyarham disahkan  oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Tun Mohd Hanif Omar.

“Mengikut maklumat daripada seorang anak Allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Asar.

“Namun, perkara itu masih dibincangkan dalam kalangan ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Allahyarham Zaman Khan, 79, yang juga bekas Ketua Pengarah Penjara dimasukkan ke IJN sejak lebih seminggu lalu susulan tahap kesihatannya yang merosot.

Untuk rekod, Zaman Khan cukup popular dalam bidang kepolisan kerana terlibat menyelesaikan kes jenayah beprofil tinggi ketika memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 1993.

Antara kes yang jenayah yang mendapat perhatian adalah kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P Kalimuthu dikenali sebagai Bentong Kali.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari tahun 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada tahun 1997. -SM

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button