Nasional

Tan Sri Dr Suleiman dilantik Timbalan Presiden KVUM

Bekas Timbalan Menteri Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed dilantik sebagai Timbalan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) dalam mesyuarat jawatankuasa pertubuhan itu, 13 Julai 2021.

Dr Suleiman memegang jawatan tersebut selepas Roseminah Ahmad yang sebelum ini menerajui KVUM meninggal dunia ada 5 Jun lalu.

Sementara itu, Presiden KVUM Tan Sri Khalid Yunus berkata, pelantikan itu amatlah bertepatan kerana Suleiman merupakan seorang wartawan ternama sewaktu berkhidmat di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Beliau menyertai Utusan Melayu pada 1974.

Sulaimen, 74, juga Ahli Parlimen Titiwangsa selama empat penggal sejak tahun 1986 hingga 2004.

Beliau seterusnya berperanan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1987-1995), Timbalan Menteri Penerangan (1995-1999) dan Timbalan Menteri Kesihatan (1999-2004). -SM

(Visited 983 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button