Hiburanpilihan

Kadar oksigen tidak stabil, Aishah mohon doakan kesihatan dirinya

PENYANYI, Aishah memohon kepada semua supaya mendoakan kesihatannya selepas kadar oksigennya turun sehingga 88 akibat Covid-19.

Menurut Aishah, kadar oksigennya pada pagi tadi ialah 98 dan petugas kesihatan cuba membuka sokongan oksigen yang diberikan kepadanya.

“Bila dah kembali dari tandas, kadar oksigen saya turun mendadak ke 88 dan terpaksa memakai bantuan oksigen semula barulah naik semula ke angka 95.

“Mental saya memang tidak kuat hari ini apatah lagi bila melihat pesakit di hadapan saya dibawa naik untuk ‘intubation’,” katanya.

Aishah turut meminta semua supaya mendoakan dirinya supaya tidak sampai ke tahap perlu untuk menjalani proses ‘intubation’.

“Saya takut. Saya masih banyak tanggungjawab pada keluarga yang belum selesai. Anak-anak pun banyak lagi hal yang tidak selesai.

“Saya sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa saya sekitanya pernah terkasar kada dan sebagainya,” katanya.

Aishah pada semalam memberitahu yang dirinya disahkan positif Covid-19 selepas mengalami demam panas dan semput.

Beberapa jam selepas itu, Aishah telah dikejarkan Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat sesak nafas. -SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button