AgamaNasional

Islam melarang kita hina orang lain – Wan Ji

HANYA merasakan diri beragama Islam yang mengamalkan ajaran dengan sempurna, itu tidak menjadi lesen untuk menghina orang lain.

Malah, dalam agama Islam turut mendidik kita supaya tidak menyinggung orang lain apatah lagi menghina mereka yang sudah meninggal dunia.

Justeru, ada sesuatu tidak kena dalam masyarakat apabila menyifatkan seseorang yang tidak mengamalkan tuntutan agama denga sempurna lantas melabelnya dengan pelbagai gelaran hina.

Kita dituntut untuk mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada orang lain kerana itu adalah lebih baik daripada menghina.

“Antara lain yang saya terfikir juga, berapa ramai dari kalangan kita merasa berbangga dengan agama yang kita anuti sehingga kita angkuh.

“Dengan itu kita mula menjatuhkan hukum syurga dan neraka kepada orang, sedangkan penentuan nasib di akhirat, hak mutlak itu hanya pada tangan Allah yang maha penyayang.

“Memang kita dituntut untuk menganut agama Islam.

“Tetapi, kita tidak pernah dituntut, malah dilarang untuk memandang hina kepada orang lain hanya kerana kita beragama Islam.

“Memang kita dituntut untuk menunaikan ibadat.

“Tetapi, kita tidak dituntut, malah dilarang memandang hina kepada orang hanya kerana kita menunaikan solat.”

Demikian kata pendakwah dan penceramah, Wan Ji Wan Hussin mengulas reaksi netizen terhadap kematian penyanyi arwah, Sandra Dianne.

Beliau berkata demikian menerusi tulisannya yang diterbitkan dalam ruanga kolumnis portal Malaysikini hari ini.

Ini kerana terdapat satu komen negatif dalam media sosial yang menyentuh berita kematian penyanyi dari Sabah itu.

Berdasarkan komen tersebut, pengguna media sosial itu dilihat menghina arwah Sandra hanya kerana beliau bekerjaya sebagai penyanyi dan tidak menutup aurat.

Malah katanya, kisah kematian arwah Sandra itu tidak layak disamakan dengan kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana memberi minuman pada anjing.

Dalam pada itu, Wan Ji menambah, seseorang yang sempurna ibadahnya (menurut dirinya) tidak terkecuali daripada bisikan syaitan.

Kerana menurutnya, syaitan itu amat licik dalam memperdaya manusia walaupun dalam keadaan beribadah.

“Ulama-ulama dahulu pernah menjelaskan berkenaan dengan orang yang tertipu dengan ibadatnya sendiri.

“Ia dinamakan sebagai talbisul iblis.

“Sesungguhnya syaitan itu amat licik dalam menipu manusia.

“Ketika manusia sedang beribadat pun, syaitan berusaha untuk mempengaruhi. Makanya, wujud muslim beribadat dalam keadaan riak.

“Saya kira, kita tidak perlu menjadi Tuhan dalam menentukan nasib manusia di akhirat kelak.

“Ini kerana, kita sendiri tidak tahu, apakah kita selamat di akhirat nanti?

“Apatah lagi, dibimbangi orang yang kita tuduh neraka itu adalah ahli syurga, sedangkan kita pula sebagai ahli neraka. Minta berlindung dengan Allah,” nasihatnya. – SM

(Visited 768 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button