NasionalNegeriPendidikan

Tambah baik SGM 2.0 jamin pertingkat kerjaya guru

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan menambah baik Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 bagi memastikan warga pendidik mempunyai peluang mempertingkatkan kerjaya mereka.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, guru dapat mempersiapkan diri sebagai pemimpin pelapis dalam laluan lebih luas seiring kekuatan, bakat mahupun pilihan sendiri melalui latihan berfokus serta relevan.

“Penyertaan guru dalam SGM 2.0 diiktiraf dan dianugerahkan mata kredit dalam sistem pengurusan latihan KPM.

“Jadi, saya menyeru semua guru mengisi dan mengikuti SGM 2.0 untuk melayakkan pengiktirafan bagi proses mendapat peluang mempertingkat kerjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

sekolah
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Sempena Hari Guru, Fadhlina mengumumkan Program Cuti-Cuti Cikgu Mampu Milik untuk warga pendidik merehatkan minda sepanjang cuti sekolah.

Beliau berkata, program itu antara 10 prakarsa sempena Hari Guru ditawarkan menerusi potongan harga penerbangan, penginapan, pengangkutan darat mahupun taman tema dengan kerjasama rakan strategik.

Bagi pelajar pula, katanya, mereka diberi peluang dua kali lawatan sekolah pada hari persekolahan dalam setahun.

“Namun ia boleh dilakukan berdasarkan keperluan dan kemampuan sekolah berbanding maksimum dua kali dalam setahun dan lawatan sekolah ini akan dikira sebahagian proses pembelajaran dan pengajaran,” katanya.

Selain itu, katanya lagi, semua guru di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan diberi kelonggaran berbaju korporat demi keselesaan semasa bertugas.

Beliau berkata, prakarsa lain termasuk peluasan sekolah komprehensif K9 dengan pertambahan 10 sekolah lagi bagi mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan Orang Asli serta peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ke Sabah.

“KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan dan pemansuhan kutipan sumbangan Hari Guru.

“KPM turut akan mempertingkatkan peranan kumpulan Guru Insani Malaysia dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi melonjakkan lagi profesionalisme guru, selain menjaga kebajikan guru,” katanya. – SM

BACA Kecacatan bukan halangan bagi guru memenangi anugerah

BACA Berita baik untuk guru, tunggu esok – Fadhlina

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button