Politik

Tamatkan PKP elak kecelaruan dalam SOP

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) digesa untuk dihentikan ekoran penguatkuasaannya tidak dilakukan secara menyeluruh.

Ini kerana dalam tempoh ini juga hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

Hal demikian dilihat bertentangan dengan pelaksanaan PKP kali pertama pada 18 Mac lalu dan menyebabkan berlaku kecelaruan dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP).

Malah, pelaksanaan yang tidak ketat ini juga menyebabkan matlamat pengekangan penularan wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) dilihat kurang berkesan.

“PKP tidak perlu disambung lagi. Ia dilihat kurang berkesan. Bahkan ramai tidak berpuas hati kerana pelaksanaan tidak menyeluruh.

“Puncanya, kerajaan gagal cari keseimbangan antara mengawal pandemik dan memastikan ekonomi bergerak

“Justeru wujud kecelaruan dalam pelaksanaan SOP. Berlaku polisi antara dua darjat. Menteri boleh tetapi rakyat biasa tidak boleh.”

Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam satu kenyaan hari ini selepas melihat sendiri pelaksanaan PKP dalam kalangan masyarakat.

Katanya, beberapa premis perniagaan termasuk restoran dilihat mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun, peraturan itu sukar dipatuhi apabila dilaksanakan di kedai makan yang besar seperti ‘medan selera’.

“Semalam pergi Mall Alamanda Putrajaya. Semua restoran ikut SOP. Di Food Court semua gerai berkongsi meja meja tempat makan.

“Akibatnya terdapat empat pelanggan makan di satu meja.

“Tiada siapa memantau. Tiada siapa menegur. Justeru fokus kepada ketegasan pematuhan SOP,” ujarnya.

Untuk makluman PKP yang dikuatkuasakan sejak 11 Januari sehingga 18 Februari ini membenarkan pelbagai sektor ekonomi beroperasi.

Malah, beberapa sektor lain terus dibenarkan beroperasi termasuklah sektor perkhidmatan.

Sebelum ini juga, kerajaan membenarkan kedai makan dibuka sehingga pukul 10 malam bagi memenuhi keperluan pekerja yang pulang lewat.

Penguatkuasaan itu diringankan lagi dengan membenarkan pelanggan makan di premis dengan jumlah yang terhad iaitu dua orang bagi satu meja. – SM

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button