Berita

Taman tema MAPS ditutup berkuat kuasa hari ini

IPOH, 28 Jan — Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali, menurut notis berkenaan.

Pada 4 Dis lepas, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.

— BERNAMA

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button