KesihatanNasional

Hampir 98,000 kanak-kanak terima vaksin Covid-19

KIRA-KIRA 97,975 atau 2.7% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Dalam usaha mempercepatkan pemberian vaksin  kepada kanak-kanak, 1,055 buah sekolah dikenal pasti dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi program PICKids  yang dilancarkan pada 3 Februari lalu.

Sejak dilancarkan PICKids, kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua dan PPV berkenaan akan beroperasi selewat-lewatnya Isnin ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70% kanak-kanak yang layak akan mendapat dos pertama dalam tempoh dua bulan pertama dan lengkap dua dos dalam tempoh enam bulan menerusi pelaksanaan PICKids.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,068,547 atau 55.8% populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak setakat semalam.

Sejumlah 22,935,622 individu atau 98% daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2% atau 23,211,391 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, 2,795,030 individu atau 88.8% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,873,015 atau 91.3% lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, 160,193 dos vaksin telah diberikan meliputi 20,703 dos pertama, 1,578 dos kedua dan 137,912 dos penggalak. Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK adalah 64,776,270 dos. – SM

 

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button