Nasional

Taman Laut: Melaka tunggu kelulusan kerajaan pusat

Tiga buah pulau di Melaka akan diwartakan sebagai Taman Laut selewat-lewatnya hujung tahun ini kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I (MAFI) Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Menurutnya, tiga pulau tersebut ialah Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol bakal diwartakan dibawah Seksyen 41, Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

Pulau Undan.

Beliau berkata, permohonan itu kini menunggu kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan sebelum ketiga-tiga pulau berkenaan yang terletak berhampiran Pulau Besar akan diwartakan nanti.

Ujarnya, pewartaan pulau tersebut adalah sebagai usaha untuk melindungi serta memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik sedang giat dilakukan kementerian berkaitan.

“Setakat ini sebanyak RM1 juta sudah dibelanjakan bagi pewartaan itu kerana kita mahu pastikan ketiga-tiga pulau ini akan menjadi kawasan perlindungan Marine Protected Area (MPA).

“Kawasan perairan pulau berkenaan kaya dengan pelbagai habitat dan kehidupan marin selain ada terumbu karang luar biasa yang boleh dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Tukun Tiruan dan Mengelilingi Pulau-Pulau Taman Laut Negeri Melaka di Pulau Undan di sini hari ini.

Hadir sama Hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Mohd. Sufian Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri,
Datuk Rahmad Mariman.

Ahmad berkata, melalui perwartaan ini, kelestarian kepelbagaian biodiversiti marin di kawasan perairan
Selat Melaka itu akan terjamin bagi mencapai obligasi negara di peringkat antarabangsa, iaitu Aichi Biodiversity Targets di bawah Convention on Biological Diversity.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak RM300,000 diperuntukan bagi melabuhkan sembilan unit tukun tiruan konservasi di perairan dekat Pulau Nangka.

Jelasnya, selain tukun, Jabatan Perikanan juga turut melepaskan ikan terumbu karang bagi menambah lagi stok ikan marin di perairan Melaka.

Antara spesis ikan marin yang dilepaskan adalah Red Ocellaris, Sargent Major, Six Line Barred Anglefish, Maroon Clownfish dan Tomato Clownfish. – SM

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button