Nasionalpilihan

Felcra perlu rancang Transformasi 3.0 serta bantu aspek keselamatan makanan – Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Felcra Berhad merancang dan menyediakan pelan Transformasi 3.0 bagi membantu kerajaan dalam aspek keselamatan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import bahan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelan transformasi berkenaan harus disediaka sesegera yang mungkin dan harus mengandungi tiga elemen utama meliputi tanggungjawab sosial, nilai komersil dan membantu menjayakan keterjaminan makanan.

“Datanglah kepada saya untuk saya menjadi fasilitator bagi memperkasa program-program yang akan dirancang.

“Kita mempunyai sekurang-kurangnya empat tahun untuk menterjemahkan pelaksanaan transformasi ini yang kita fokus kepada kecukupan makanan dan aspek penghasilan makanan,” katanya pada siding media semalam.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad Datuk Mat Roni Zakaria, yang antara lain turut menyentuh mengenai perlaksanaan Transformasi 1.0 dan Transformasi 2.0 Felcra, selain model bisnes dan isu utama agensi berkenaan.

Ahmad Zahid berkata Felcra, sebagai badan ditubuhkan pada 1966 bagi membantu kira-kira 100,000 pesertanya ketika ini, mempunyai potensi besar dalam membantu kerajaan mengurangkan import bahan makanan dengan lebih 200,000 hektar tanah yang boleh dioptimumkan dalam pelbagai sektor.

“Pada hemat saya, kerajaan harus dibantu supaya pengimport bahan makanan yang jumlahnya terlalu besar harus diganti dengan pengeluaran makanan daripada Felcra dan lain-lain agensi. Telah tiba masanya pengurangan pengimportan ini dilakukan bagi mengurangkan pertukaran wang asing,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Zahid juga berkata Felcra haruslah lebih berani melaksanakan sendiri programnya tanpa bergantung kepada suntikan dana kerajaan, selain meletakkan keyakinan bahawa agensi berkenaan boleh melakukannya dalam masa terdekat.

Beliau berkata Felcra juga perlu mengambil iktibar daripada pengalaman sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia, namun akhirnya berdepan dengan masalah yang cukup besar.

“Banyak lagi yang boleh dilakukan Felcra, namun belajarlah daripada kesilapan badan itu. Felcra harus telus dan beri keuntungan kepada peserta dan bantu koperasi supaya ketirisan tidah berlaku,” kata Ahmad Zahid lagi.

Artikel berkaitan > Hapus hutang tertunggak peserta Felcra bernilai RM233.8 juta

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button