Nasional

Talian Kasih 15999 khas kaunseling COVID-19

TALIAN Kasih diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai inisiatif bagi memberi sokongan psikologi kepada semua masyarakat yang terkesan daripada penularan wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan yang kini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, Talian Khas Kaunseling Covid-19 diwujudkan melalui Talian Kasih 15999 dan Whatsapp Talian Kasih 019 26 15999.

“Talian Khas Kaunseling atau perkhidmatan tele-kaunseling ini melibatkan seramai 528 kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.

“Pemanggil yang memerlukan perkhidmatan tele-kaunseling akan dipanjangkan kepada pegawai kaunselor yang berdekatan bagi membincangkan masalah yang dihadapi berkaitan COVID-19 dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ini bagi memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia sentiasa ditahap yang stabil. Talian Khas Kaunseling COVID-19 ini dibuka kepada mangsa COVID-19, waris mangsa COVID-19, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain individu yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.


BERITA BERKAITAN:

Pusat kuarantin bersedia terima 132 pelajar tahfiz

Rina dalam kenyataan menyarankan supaya mereka yang berhadapan dengan tekanan akibat situasi COVID-19 menghubungi Talian Kasih dengan kadar segera agar kementerian dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Perkongsian masalah dan khidmat tele-kaunseling diharapkan dapat membantu semua lapisan masyarakat kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) bagi mengelakkan lain-lain masalah sosial seperti penderaan dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat berlanjutan sehingga boleh meningkatkan pelbagai risiko keselamatan.

Talian Khas Kaunseling COVID-19 ini boleh dihubungi di Talian Kasih 15999 serta talian whatsapp 019 -26 15999. Perkhidmatan ini beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

(Visited 209 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button