Luar Negara

Takut suami tahu kehamilan, wanita campak bayi ke dalam sungai

TAKUT terhadap suami atau takut kerana curang bermain kayu tiga dengan lelaki lain sehingga mengandung sedangkan suami yang  bekerja di Bali, hanya pulang tiga bulan sekali.

Mahu menyembunyi kelahiran bayi lelaki, seorang wanita  di Jember, Jawa Timur, Indonesia sanggup mencampak bayi yang baru dilahirkannya ke dalam sungai.

Portal berita Detik News melaporkan, mayat bayi lelaki itu ditemukan terapung di Sungai Curah Arum, Desa Kaliwining oleh penduduk tempatan sebelum menghubungi polis.

Bertindak atas maklumat orang ramai, polis menahan suspek berusia 24 tahun dipercayai ibu kepada bayi itu.

Pegawai polis, Kapolsek Rambipuji AKP Hari Pamuji berkata, ketika keterangan diambil wanita itu mengaku mencampak bayi yang baru dilahirkannya itu ke dalam sungai.

“Suspek juga memberitahu yang dia bertindak demikian kerana takut kepada suaminya,” katanya.

Hari Pamuji menambah, polis sedang menyiasat kemungkinan wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain yang menyebabkan dia merahsiakan kandungannya itu daripada suaminya.

Ekoran itu katanya, polis telah memanggil suami wanita itu untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan mayat itu benar-benar anak kepada pasangan itu atau sebaliknya.

“Kita juga sedang menyiasat dari pelbagai sudut termasuk sama ada wanita itu melakukan jenayah itu seorang diri atau dengan bantuan individu lain,” ujarnya.

Katanya lagi, wanita itu sudahpun mempunyai dua orang anak. – SM

(Visited 421 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button