Alam SekitarHaiwan

Punyalah Hebat Ilmu Orang Melayu Dahulu kala, Gajah Pun Terpaksa Jadi Jinak!

Orang sekarang kalau nampak gajah, terus kecut bahagian tertentu dan dalam pemikiran, datang satu teori yang luar biasa iaitu gajah mungkin boleh ‘naik minyak’.

Namun kalau dilihat pada sejarah dan kemahiran orang Melayu yang dihapuskan, orang-orang Melayu suatu ketika dahulu punya ilmu yang bukan calang-calang.

Apakah ilmu itu? Kemahiran menundukkan gajah yang sangat besar lalu gajah menjadi jinak dan mengikut arahan orang Melayu yang dianggap sebagai tuannya.

Menariknya, gajah-gajah ini akur tanpa perlu pun orang-orang Melayu terdahulu menggunakan kekerasan atau penderaan ke atas haiwan yang sensitif ini.

Mana tidaknya kalau lihat pada pendekatan orang-orang barat dalam acara sarkis misalnya, mereka mendidik gajah secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Namun demikian, tidak ramai orang Melayu hari ini mewarisi ilmu menundukkan gajah ini. Mungkin ada tetapi tidak menonjol dalam kalangan masyarakat.

Hal ini demikian kerana orang-orang Melayu dahulu penuh dengan adab dan tidak suka menunjuk-nunjuk. Lainlah ada keperluan tertentu, mungkin mereka akan munculkan diri.

Apa-apa pun, tak sangka dalam dunia ini rupa-rupanya wujud ilmu menundukkan gajah untuk dijadikan kenderaan bangsawan selain berkemahiran untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.

(Visited 983 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button