Jenayahpilihan

Taktik guna minuman susu kultur edar dadah tumpas

Guna minuman susu kultur dan jus edar dadah. Itu taktik terbaharu digunakan sepasang suami isteri apabila mereka diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Bandar Hilir di sini berjaya merampas dadah bernilai RM206,111.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun dan isterinya, warga Thailand, 28, ditahan dalam dua serbuan berasingan hasil risikan selama seminggu.

Beliau berkata, suspek pertama diberkas pukul 8.30 malam di tempat parkir sebuah pangsapuri di Banda Hilir.

“Hasil pemeriksaan polis menemui sejumlah jus, 3,910 mililiter (ml) dan serbuk seberat 75.6 gram (g) disyaki ketamin dalam sebuah beg galas.

“Susulan itu serbuan kedua di sebuah premis, pangsapuri sama menjadi stor menyimpan pelbagai bahan disyaki dadah dan isteri suspek ditahan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Melaka Tengah di sini, hari ini.

Tambah Christopher, sindiket dipercayai aktif sejak Disember 2022 dengan mengambil bekalan dari Kuala Lumpur serta Johor.

Jelasnya, kesemua dadah berkenaan dipercayai dipasarkan di kelab-kelab malam di negeri ini dengan harga sekitar RM150 hingga RM300 sebotol.

“Kita telah merampas sejumlah botol minuman dan kultur pelbagai jenis disyaki cecair ketamin membabitkan jumlah 56,700 ml, serbuk ketamin (2134.37 g), pil ekstasi (229 g), ketulan mampat daun kering ganja (33.53 g) dan pil eramin 5 (144 g) bernilai RM206,111.

Katanya, minuman kultur dan jus ini telah disuntik serta dicampurkan dengan ketamin bagi mengaburi kegiatan pengedaran bekalan berkenaan yang boleh digunakan seramai 3,669 penagih.

Jelasnya, polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Saga, barang kemas dan wang tunai bernilai RM25,680 yang disyaki digunakan suspek dalam kegiatan tersebut.

Katanya, suspek direman selama enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button