ParlimenPolitik

‘Menteri Kewangan mesti pro rakyat, bukan bank’

ISU pemberian moratorium antara topik utama dalam perbahasan Belanjawan 2021 yang dimulakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Skim moratorium pinjaman yang diperkenalkan bagi tahun 2021 itu dilihat tidak membantu rakyat secara keseluruhan.

Kerana, selain tawaran terhad, kemudahan itu juga tidak dibuat secara menyeluruh kepada semua peminjam kerana diyakini bank tidak akan mengalami kerugian.

Hal demikian ekoran, diunjurkan keuntungan bank bagi tahun 2020 yang akan berakhir tidak lama lagi adalah RM30 bilion.

Daripada jumlah tersebut, suku pertama dan kedua tahun ini juga menunjukkan keuntungan sekitar RM8 bilion ketika negara berhadapan penutupan sementara seluruh operasi ekonomi.

“Moratorium bank ini Menteri Kewangan kena dengar kerana dia ‘banker’. Saya selalu tegur, dia mesti pro rakyat bukan pro bank.

“Cuba Menteri Kewangan fikir dan teliti bagi pihak peminjam, saya tahu ia sukar, empathy.

“Kalau jkita melihat laporan Bank Negara Malaysia (BNM) Financial Stability Review untuk separuh tahun kedua bagi tahun 2019, 17.6 peratus jumlah hutang isi rumah dalam kalangan peminjam yang berpendapatan bawah RM3,000, jumlah pinjaman B40 keseluruhannya sekitar RM209 bilion iaitu 1.4 juta penerima.

“Jadi lanjutan ini akan memberi kesan kepada 1.4 juta penerima moratorium. Tetapi yang dikenakan ini adalah kadar faedah.

“Katalah lima peratus, jumlah terlibat ini hanya RM2.6 bilion, itupun bukan rugi bank. Ia tangguh sahaja, tangguh, tak rugi, bank tak rugi.

“Jadi, bayaran lambat, supaya tiada impak besar dalam kehidupan mereka.

“Cuba kita lihat keuntungan bank, ia tangguh, tidak ada beban kepada bank. Keuntungan bank sebelum cukai 2020, suku pertama adalah RM8.5 bilion, suku kedua RM8.3 bilion.

“Kalau untung untuk 2020 dianggar sekitar RM30 bilion. Bank ini tak ada beban langsung, apa tak boleh ke dalam rencana kita supaya dibuka balik (moratorium).

“Sebab yang menghadapi masalah di negara kita ini, kita cakap B40, betul saya setuju. Tetapi sekarang M40 ini sudah bergelut seolah-olah dalam masa yang singkat, banyak akan turun menjadi B40.

“Kalau pun mereka masih M40, tetapi yang masih bergelut dengan kehidupan.

“Oleh yang demikian, saya minta perkara ini diberi penelitian kerana untung bank 2020 keseluruhannya masih RM30 bilion.”

Demikian kata Anwar, ketika membahaskan isu pemberian moratorium hari ini yang dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat lalu.

Di samping keuntungan yang dicatatkan bank-bank bagi tahun ini, beliau juga meminta kadar faedah pinjaman disemak semula bagi mengurangkan beban peminjam.

“Apakah tidak boleh kiranya, bank memberikan sedikit pengurangan pemotongan kadar faedah bagi B40 untuk dalam keadaan orang susah, kena buang kerja tak cukup makan.

“Oleh demikian, pihak pengurusan dalam kerajaan harus juga memberi pertimbangan supaya moratorium ini diperluaskan dan di samping itu mintalah supaya semua pihak jangan hanya golongan pendapatan rendah sahaja terbeban.

“Biarlah semua pihak termasuk bank dikenakan sedikit tekanan, sedikit sahaja supaya boleh potong faedah supaya nasib peminjam B40 dan M40 kategori yang rendah ini dapat kurangkan beban mereka dengan bank itu mengambil sedikit kos tanggungan dengan mengurangkan keuntungan RM30 bilion kepada RM28 bilionm,” gesanya. – SM

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button