AgamaNasionalNegeriPendidikan

MAIPs peruntuk RM2.9 juta kepada Sekolah Integrasi Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan peneraju IPT di Perlis sempena Majlis Iftar IPT Perlis 2024’ di PTSS, Pauh Putra.

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan peruntukan sebanyak RM2,925,188 kepada Sekolah Integrasi Perlis (SIPs) bagi menampung perbelanjaan emolumen dan perlaksanaan aktiviti sekolah tersebut bagi tahun 2024.

Sekolah Integrasi Perlis (SIPs) diperkenalkan bagi mengoptimumkan pengajian pendidikan Islam negeri ini khususnya pada sebelah petang bermula pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 5 petang pada setiap hari.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pihak pengurusan dan juga pelajar PTSS sempena Majlis Iftar IPT Perlis 2024’ yang dihoskan PTSS, Pauh Putra.

Simbolik penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs ketika berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Iftar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Perlis 2024’ di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra.

Keberangkatan tiba Baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut oleh pelajar PTSS sempena Majlis Iftar IPT Perlis 2024’ yang dihoskan PTSS, Pauh Putra.

Majlis berbuka puasa ini telah dianjurkan secara bersama oleh IPT di negeri Perlis termasuklah PTSS sebagai hos pada tahun ini secara gilirannya, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan terkini Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) serta beberapa lagi IPT lain.

Keberangkatan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen disambut oleh pelajar PTSS sempena Majlis Iftar IPT Perlis 2024’ yang dihoskan PTSS, Pauh Putra.

Raja Muda dan Raja Puan Muda turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak, serta Tarawih bersama-sama para tetamu yang hadir pada malam tersebut. – SM

BACA MAIPs sumbang RM40,000 kepada Rumah Lavender Negeri Perlis

BACA MAIPs salur bantuan fitrah RM5,998,500 Tahun 2024

(Visited 180 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button