Alam SekitarBencana alam

Dua maut mangsa kepala air

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman hari ini.

Menurut sumber, mayat kedua-dua mangsa ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.

“Mayat pertama, seorang wanita dijumpai orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut manakala mayat kedua, seorang lelaki ditemukan di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih.

“Pemantauan di lokasi kejadian menemukan sebuah kereta jenis Proton Gen2 bernombor pendaftaran JHY 5517 dan sebuah motosikal jenis SYM dengan nombor pendaftaran CER 5753 lebih kurang dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua,” katanya yang dihubungi.

Menurut sumber, hasil siasatan awal pada kedua-dua mayat tidak menemukan sebarang kesan kecederaan atau peninggalan perlakuan jenayah.

“Mangsa dipercayai lemas kesan daripada kepala air yang berlaku di lokasi kejadian dan identiti mangsa belum dikenal pasti. Mayat dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, difahamkan kira-kira 10 orang dihanyutkan air dalam kejadian tersebut, namun Bernama masih berusaha menghubungi Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan untuk perkembangan lanjut.

— BERNAMA

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button