
“Tak Selamanya Menyanyi” – Cakra Khan Mula Try Bisnes Pula
PENYANYI bersuara unik, Cakra Khan, kini sedang menikmati fasa produktif dalam kerjayanya. Selain terus aktif sebagai penyanyi, Cakra juga mula menceburi bidang perniagaan.
Cakra Khan merasakan dirinya perlu membuat persediaan untuk masa hadapan apabila populariti tidak lagi dapat dijadikan sandaran. Baginya, perniagaan merupakan salah satu cara untuk menjamin kelangsungan hidup pada masa akan datang.
“Saya sekarang masih dalam proses belajar selok-belok perniagaan. Sebab saya sedar saya takkan selamanya jadi penyanyi, jadi sekarang saya sedang serius mendalami bidang perniagaan,” kata Cakra Khan ketika ditemui di kawasan Kemang, Jakarta Selatan, baru-baru ini.
Walaupun mula menceburi bidang perniagaan, ia tidak bermakna Cakra mengabaikan kerjayanya dalam bidang muzik. Malah, beliau menyifatkan tahun ini sebagai detik penting dalam perjalanan muziknya, termasuk merancang untuk mengadakan konsert di Singapura dan Malaysia.
“Sejak kebelakangan ini memang dah mula kembali sibuk dengan konsert. Cuma belum lagi di Indonesia, kebetulan nanti bulan Julai saya akan buat konsert di Singapura. Selepas itu, saya akan ke Malaysia pula,” katanya.
Sebelum bergelar penyanyi profesional, Cakra gemar melakukan aktiviti luar seperti meluncur ombak (surfing). Namun kini, hobinya itu terpaksa diketepikan disebabkan kesibukannya dalam dunia muzik yang semakin padat.
“Sekarang dah tak sempat. Dulu masa di Pangandaran masih sempat lagi. Tapi sekarang papan luncur dah kalah dengan mikrofon,” katanya sambil tersenyum.
Terkini, Cakra tampil dengan single duet bersama Titi DJ berjudul “Layar”. Lagu tersebut merupakan salah satu runut bunyi asal (OST) bagi filem Siapa Dia yang dibintangi Nicholas Saputra.
“Dalam lagu ini, kami perlu betul-betul harmoni. Bila dapat tahu pasangan duet saya ialah Mba Titi, Alhamdulillah,” ujar Cakra Khan.
Kreadit: Liputan 6.