pilihanRencah Hidup

Tak sangka usahawan kosmetik ini, sanggup buat begini pada penunggang motosikal.

Dikala rakyat sedang berperang tentang isu kenaikan harga barang, ada pula usahawan kosmetik yang sanggup mengeluarkan wang dan berikan percuma bahan api kepada golongan yang menunggang motosikal.

Seorang Individu dikenali sebagai Suzieyana menyumbangkan bahan api percuma kepada penunggang motosikal di BHP Jalan Genting Klang Setapak pada minggu lepas.

Menurut usahawan itu, “Bila ada rezeki lebih, saya rasa ingin berkongsi dengan orang sekeliling, saya mahukan mereka gembira. Lebih-lebih lagi sekarang ini semua harga barang naik termasuklah bahan api untuk kenderaan, jadi secara tidak langsung , saya tergerak hati mahu berkongsi dengan orang sekeliling.” Kata Suzieyana merupakan pemilik syarikat Lovaa Cosmetics.

Jelasnya lagi, ada beberapa cabaran semasa menjalankan program tersebut bersama pekerjanya. “sebelum memulakan program tersebut  ada beberapa Stesen Minyak telah menolak dan enggan beri kerjasama kepada kami”.

 

Pada akhirnya stesen minyak di BHP Jalan Genting Klang yang sudi berikan kerjasama pada kumpulan Lovaa Cosmetics untuk menjayakan program memberikan “Minyak motor Percuma”.

“Idea ini datang secara tiba-tiba dan suami juga adalah dorongan yang paling besar untuk melakukan program ini”

Sebanyak 80 buah motorsikal usahawan tersebut berjaya memberikan sumbagan secara percuma bahan api kepada penunggang motosikal yang lalu berhampiran stesen minyak tersebut.

Usahawan tersebut juga turut menasihati orang ramai supaya berjimat cermat.

“Bila barang naik, kos sara hidup juga semakin meningkat. Kena berjimat cermat jangan lakukan pembaziran. Yang paling penting bila ada rezeki lebih kongsi bersama dengan yang memerlukan.”

Suzieyana juga berkata, di masa akan datang saya akan melakukan program seperti ini sekali lagi kerana merasa puas melihat orang ramai tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

 

 

 

(Visited 510 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button