Jenayah

Tak Sangka Meru, Klang Ada Perompak ATM Bertaraf Professional & Pakar Letupan!

Dua penjenayah bertindak meletupkan sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di dalam sebuah kedai serbaneka sebelum melarikan sejumlah wang dalam kejadian di pekan Meru di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku antara pukul 3 hingga 4 pagi itu dengan suspek telah memecah masuk premis berkenaan menerusi pintu hadapan.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, perkara itu disedari seorang pekerja yang mahu membuka kedai berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.

“Pada waktu itu, pintu utama kaca premis berkenaan dilihat sudah pecah manakala mesin ATM turut rosak.

“Ketika kejadian, kedai itu tidak beroperasi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dengan pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 4.50 pagi.

Ujarnya, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua penjenayah memecahkan mesin ATM dengan menggunakan bahan letupan.

Katanya, jumlah wang yang dilarikan dan nilai sebenar kerugian belum dapat dipastikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button