Ekonomi

Tesla akan jadikan ekosistem EV Malaysia lebih kompetitif

Tesla menunjukkan contoh yang baik dengan memasang stesen pengecas terlebih dahulu

PEMBUKAAN stesen pengecas pertama Tesla Inc di Malaysia akan menjadikan ekosistem automotif tempatan lebih berdaya saing dan membantu memberi isyarat kepada pasaran global bahawa negara ini serius untuk membangunkan industri kenderaan elektrik (EV), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tengku Zafrul berkata, memandangkan industri EV agak baharu di Malaysia, ramai pelabur tempatan dan asing masih menunggu kepastian dalam pasaran sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Beliau percaya bahawa pembukaan stesen pengecas Tesla akan membantu menyemai keyakinan dalam kalangan pelabur EV yang bukan sahaja berminat untuk melabur dalam kemudahan pengecasan tetapi juga mengambil bahagian dalam keseluruhan rantaian bekalan.

“Kita meliberalisasikan industri dan kita perlu mendorong. Kita mahu memastikan peraturan itu jelas.

“Mereka juga ingin tahu berapa pantas kereta itu masuk. Justeru, bagi orang yang melabur dalam stesen pengecasan, mereka mahu melihat kita juga memulakannya. Tesla menunjukkan contoh yang baik dengan memasang stesen pengecas terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama.

BACA JUGA:

Tesla pacu mobiliti kemampanan menerusi pengembangan strategik di Malaysia

Tesla lancarkan Model Y secara rasmi di Malaysia

Ribuan serbu Tesla

Pada Rabu, 19 Julai lepasi, Tengku Zafrul melancarkan stesen ‘supercharging’ Tesla di Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, stesen pengecas EV pertama pembuat kereta terkemuka itu di negara ini yang merancang untuk membina sekurang-kurangnya 50 stesen pengecasan di seluruh negara.

Beliau berkata, sembilan lokasi stesen pengecasan telah dikenal pasti termasuk di Bukit Jalil, Petaling Jaya dan Dengkil manakala di luar Lembah Klang adalah di Ipoh, Perak; Perai, Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan; dan Iskandar Puteri, Johor, dua lagi lokasi akan diumumkan tidak lama lagi.

Pada peringkat awal, lokasi stesen pengecasan akan tertumpu di bandar-bandar besar tetapi bukan sahaja terhad kepada pusat beli-belah kerana Tesla juga merancang untuk mempunyai stesen pengecasan di kawasan terbuka (outdoor), katanya.

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button