Politik

GPS tolak DAP, tidak mahu bersama parti angkuh

KEHADIRAN DAP ternyata menjadi libaliti kepada Pakatan Harapan. Sebelum ini UMNO dan Pas memberi syarat hanya akan memberi sokongan kepada calon Perdana Menteri yang tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan parti Roket itu.

Malah UMNO dan Pas sanggup untuk berhadapan dengan pilihan raya daripada bekerjasama dengan mana-mana parti yang mendapat sokongan DAP.

Terkini Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara terbuka turut membuat kenyataan tidak sanggup untuk berada dalam mana-mana pakatan yang turut disertai oleh DAP.

BERITA BERKAITAN: GPS tidak akan menyokong gabungan yang termasuk DAP

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menyertai pakatan yang ada Parti Tindakan Demokratik (DAP),” tegas Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing.

James berkata demikian ketika dihubungi secara langsung menerusi program Consider This di Astro AWANI malam tadi.

Menurut beliau, tindakan Setiausaha DAP Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan melukakan pemimpin Sarawak.

Guan Eng memberitahu bahawa Sarawak akan bankrap dalam tempoh tiga tahun mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin di sana.

“Kenyataan tersebut dilihat sangat tidak bertanggungjawab dan ini menunjukkan keangkuhan mereka,” katanya.

Menerusi siaran langsung itu juga, James turut menyatakan apa yang paling penting dalam pertimbangan yang akan dilakukan adalah mengutamakan kehendak rakyat dan kebaikan kepada negara.-SM

 

 

(Visited 643 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button