Mahkamah

Yayasan Akal Budi banyak kerja amal, khairat, wakaf

BUAT pertama kalinya, selepas 65 orang saksi tampil memberi keterangan dalam kes perbicaraan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saksi ke-66 yang tampil memberi keterangan ialah seorang peguam syariah yang mahir dalam bidangnya dan mampu memberi pencerahan kepada mahkamah maksud  atau definisi terma khairat, sedekah, wakaf dan amal jariah yang dirangkumkan sebagai sumbangan.

Peguam syariah bertauliah itu ialah Faisulludin Mohamat Yusuff yang juga merupakan pemegang amanah dalam Yayasan Al-Falah milik Datuk Seri Mohamad Nasae Ahmad Termizi.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal Abidin berkata, Faisulludin ialah seorang lulusan syariah dan Zaidi mengaku, beliau belum pernah bertanya kepada saksi-saksi sebelum ini mengenai terma yang boleh dijelaskan maknanya tentang khairat.

“Saya pernah tanya beberapa terma atau makna khairat tetapi tidak ada kelulusan untuk menjawab. Boleh beri jawapan kepada mahkamah apa makna khairat,” soal Zaidi.

Faisullah menjawab: “Khairat ialah duit sumbangan urusan pengebumian jenazah dan duit ini untuk membeli kafan, digunakan untuk tukang korek kubur.

“Wakaf khairat ialah duit untuk membeli tanah, rumah kebajikan bertujuan untuk umat Islam dan bukan Islam, juga tempat berniaga.

“Amal jariah digalakkan dalam Islam, beri sedekah atau sumbangan secara ikhlas. Sekarang ramai yang tidak bekerja dan susah kerana COVID-19.

“Sumbangan diberi untuk bantuan kewangan sekolah anak-anak yatim, tahfiz dengan harapan, Allah memberi pahala kepada kami,” jawab Faisullah secara panjang lebar.

Ahmad Zaidi  seterusnya bertanya kepada saksi apakah Faisullah tahu tentang Yayasan Akal Budi  yang dipengerusikan Ahmad Zahid yang juga juga Ahli Parlimen Bagan Datuk bahawa yayasan itu banyak memberi sumbangan  kepada tahfiz, masjid dan surau dan itu termasuk dalam definisi khairat dan amal jariah?

Kata Faisullah: “Ya, tahu Yayasan Akal Budi banyak memberi sumbangan tahfiz, masjid, surau, bantu kewangan sekolah anak-anak yatim selain sedekah dan wakaf.

“Wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf am dan wakaf sedekah. Untuk wakaf mesti ada aset, contohnya sebidang tanah hendak dibuat masjid dengan harapan dapat pahala dan ganjaran.

‘Saya setuju Yayasan Akal Budi melalui Lewis&Co membantu Yayasan Al-Falah. Dalam memberi sumbangan, boleh bagi secara terang.

“Ada sumbangan akad tanpa dimaklumkan dan ini dipanggil zuhud kerana tidak mahu sesiapa tahu kerana ‘beri tangan kanan, tangan kiri tidak tahu’,” ujar Faisullah.

Memberi pencerahan tentang signifikan sumbangan, kata Faisullah, signifikannya memberi sumb anan tidak akad dan kedua, sumbangan akad di mana bezanya di sini, akad kena laksanakan apa yang pemberi sumbangan  itu mahu.

“Jika pemberi sumbangan itu mahu dibina masjid, jangan buat bena lain, kalau sumbangan itu untuk membina surau, surau dibina,” katanya.

Merujuk kepada gambar dari luar dua lot banglo yang dibeli oleh Yayasan Al-Falah, apakah yang ada di dalam banglo tersebut?

Jawapan Faisullah, “ ada pejabat, ruang mesyuarat, surau, di tepi surau ada bilik menginap, ada tempat pembelajaran dan mini library (perpustakaan mini).

“Setuju dengan peguam surau dijadikan bilik lecture bagi tjuan ceramah agama, banyak naskhah Quran dan rehal serta buku-buku agama di sekeliling surau.”

Faisullah seterusnya dengan jelas memberitahu mahmakah bahawa objektif penubuhan Yayasan Akalbudi sama dengan objektif penubuhan Yayasan Al-Falah.

“Yayasan Al-Falah membeli dua lot bungalow untuk dijadikan pusat pengajian agama Islam dan lain-lain aktiviti keagamaan.

“Yayasan Al-Falah adalah milik seluruh keluarga allahyarham Haji Hamidi, bapa kandung Ahmad Zahid dan Mohamad Nasae dan Hajah Tuminah, isteri Haji Hamidi yang mana apa juga amal jariah yang dibuat, pahalanya diniatkan kepada arwah

“Manakala Yayasan Akal Budi dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid ditubuhkan dengan objektif yang sama iaitu untuk tujuan keagamaan dengan fokus kepada membina masjid, surau, tahfiz dan lain-lain amal jariah dalam dan luar negara,” tegas Faisalludin.

Faisulludin juga mengesahkan bahawa kedua-dua lot banglo yang dibeli oleh Yayasan Al-Falah, telah siap sebagai pusat pengajian agama.

Ujar saksi ini lagi, pembelian dua lot banglo untuk aktiviti keagamaan dan pusat pengajian dibayar oleh Yayasan Akal Budi melalui cek tetuan Lewis & Co sebagai pemegang amanah kepada Yayasan Akal Budi

Sebelum itu pemeriksaan balas oleh Ahmad Zaidi, saksi disoal balas oleh peguam Mohd. Haziq Dhiyauddin Razali yang menyentuh tentang tujuan Yayasan Al-Falah membeli dua lot banglo yang terbengkalai disebabkan oleh lokasinya yang berdekatan dengan Suaru An Nur.

“Beli dua banglo, nak besarkan. Ada aktiviti keagamaan dijalankan pada banglo Lot 403. Lot 356 belum siap di renovate. Tujuan untuk aktiviti keagamaan.

“Saya pernah sembahyang dan bermesyuarat di situ.. (saksi ditunjukkan gambar)..

“Yang Arif, saya sahkan gambar-gambar ini salah satu lot banglo yang saya maksudkan tadi.

“Saya setuju (item 2.2 dirujuk) objektif  dalam Surat Ikatan Amanah Yayasan Al-Falah adalah mengembangkan agama Islam, memberi bantuan kewangan kepada golongan miskin, asnaf, ibu-ibu tunggal untuk kebaikan akhirat di Malaysia dan juga di negara-negara Islam luar,” katanya.

Faisullah mengakui kenal lama dengan Datuk Seri Nasaee dan Ahmad Zahid tetapi beliau tidak terlibat dalam Yayasan Akal Budi dan mengetahui Yayasan Akal Budi banyak membuat kerja amal jariah seperti dimaklumkan oleh Nasae. – SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button