Politik

Tak pernah PM berkhidmat 3 bulan dinobat sebagai ‘bapa’

SETIAUSAHA Politik Lim Kit Siang Syahredzan Johan mempertikaikan gelaran Bapa Kebajikan Rakyat yang diberikan oleh Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Menurutnya tidak ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri dinobatkan sebagai bapa dalam masa tiga bulan menerajui kerajaan dan negara.

Justeru beliau mempersoalkan sama ada gelaran yang diberikan oleh pensyarah tersebut, Mohd. Syukri Shuib
yang dipetik oleh Bernama TV dalam laporan 100 hari pentadbiran Muhyiddin itu sebagai propaganda.

“Tak pernah rasanya seorang Perdana Menteri dinobatkan sebagai ‘bapa’ apa-apa dalam masa 3 bulan jadi PM. Tak tahu lah apa punya propaganda sampai macam ni,” ciap Syahredzan dalam Twiternya hari ini.

Semalam genap 100 hari Muhyiddin mentadbir negara selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam laporan Bernama TV, Mohd. Syuib berkata, gelaran Bapa Kebajikan Rakyat itu diberikan berikutan kepimpinan Muhyiddin dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat bagi mengharungi kemelesetan ekonomi ekoran wabak Covid-19.

Mohd. Syuib

Pensyarah itu berkata, kewibawaan dan keprihatinan Muhyiddin sebagai ketua kerajaan menonjol dari segi pengurusan dan kaedah menangani kesan ekonomi ke atas rakyat akibat penularan virus Covid-19.

Menurutnya, segala langkah Muhyiddin bukan sahaja memerlukan arahan segera, berani dan tegas tetapi kebijaksanaan mengatur strategi supaya kepentingan semua pihak terjaga.

Ini membawa kelegaan kepada rakyat walaupun berada dalam Perintan Kawalan Pergerakan yang cukup tegas.

Sementara itu panggilan ‘Abah’ juga diberikan kepada Muhyiddin oleh rakyat di media sosial.  Gelaran itu diberikan selepas beberapa kali Muhyiddin muncul secara langsung di kaca TV mengumumkan bantuan kewangan dan ekonomi kepada rakyat yang terdesak berikutan kesan ekonomi yang dicetuskan oleh Covid-19.

Selain Muhyiddin, gelaran ‘Pak Long’ diberikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan ‘Pak Ngah’ kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Gelaran yang diberikan netizen di media sosial itu menggambarkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sudah memasuki hari ke-100 dekat di hati rakyat dan menerapkan konsep kekeluargaan.

Kerajaan PN menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik Covid-19 namun berjaya mengambil hati rakyat.-SM

(Visited 4,829 times, 4 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button