Politik

Tak perlu semua masuk kerajaan, mesti ada pembangkang!

SEMALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mempersoalkan tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara tiba-tiba menyatakan minat untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Isham mendakwa, tindakan itu berkemungkinan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi tahan menjadi pembangkang serta khuatir sekiranya kes mereka dibuka di mahkamah.

POLITIK AGAMA

Hari ini, kesediaan PAS untuk menerima tawaran daripada sesiapa sahaja termasuk Kerajaan Perpaduan membuktikan parti itu tidak tahan untuk menjadi pembangkang.

Kata Isham, Abdul Hadi mungkin bimbang sekiranya kes salah laku PN dibuka dan akan terpalit sebagai kluster mahkamah.

“Tiba-tiba Hadi minat dan nak masuk kerajaan pula. Mungkin PN tidak tahan jadi pembangkang dan takut kes-kes mereka dibuka dan mereka jadi kluster mahkamah.

“Kepada Hadi, dalam negara perlu ada pembangkang. Jika tidak, tidak ada semak imbang. Jangan takut jadi pembangkang. Jika ada kes hadap sahaja di mahkamah. Orang UMNO pun sudah ramai naik turun mahkamah.

“Jika tidak bersalah, bersihkan nama. Jika bersalah, terimalah kifarah. Apa-apapun jangan aniaya orang. Jika banyak sangat yang tersirat, tersurat dan muslihat, lama-lama sendiri yang terjerat,” kata Isham panjang lebar dalam catatannya di Facebook akuannya.

Isham mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi bahawa beliau beberapa kali dihubungi “orang tertentu” yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, kenyataan itu jelas disanggah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berkata, tiada mana-mana pihak pun yang menghubungi Abdul Hadi.

“Hadi kata dia sedia berjumpa Anwar. Rupa-rupanya dia berminat, ingin masuk kerajaan. Dia kata kononnya ramai orang datang jumpa dia tawar untuk masuk kerajaan.

“Namun PM Anwar kata bahawa tiada jemputan kepada PAS pun untuk masuk kerajaan. Ada orang kata DAP yang jemput PAS. Kalau ini betul, Hadi akan suruh orang-orang PAS undi Dap lagikah macam dulu?” soal Isham.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin mendedahkan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengajak PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan berkonsep Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, tindakan Kit Siang itu kerana kedudukan kerajaan amat genting sekarang apatah lagi berlaku penolakan orang Melayu terhadap UMNO. – SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button