Hiburan

Aku tunggu jenazah anak aku – Fauziah Nawi

KUALA LUMPUR – Mayat anak seniwati Fauziah Nawi, Pitt Hanif ditemukan oleh pasukan mencari dan penyelamat petang ini setelah dibawa arus deras di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pagi semalam apabila bot fiber yang dinaiki terbalik.

Fauziah yang menerima khabar dukacita ini reda dengan tragedi yang menimpa anak kesayanganya.

Pitt atau nama sebenarnya, Mohd. Firdaus Mohamad Hanif, 43, tercampak ke dalam sungai ketika memancing bersama jurukamera yang terselamat dalam tragedi itu.

Pitt yang merupakan pengarah drama, melunaskan tugas dan tanggungjawabnya mengarahkan filem pertama dan terakhirnya berjudul Coast Guard di kawasan kejadian.

“Allah permudahkan. Mayatnya sempurna walaupun dua hari terendam di dalam air.

“Sekarang saya tunggu jenazah anak saya di rumah,” katanya.

Difahamkan jenazah Pitt kini berada di hospital Kuala Lipis dan akan dibawa ke rumah Fauziah di Taman Melati.

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button