fbpx
Nasional

Tak perlu bimbang didakwa muat naik video di TikTok, YouTube

Pengguna media sosial boleh menarik nafas lega apabila Kabinet membuat keputusan mereka tidak perlu memohon lesen daripada Finas untuk memuat naik video di media sosial seperti  TikTok dan Youtube.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan tersebut dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Finas,” katanya.

Menurut Saifuddin, kerajaan memberi komitmen untuk mendukung kebebasan media dan hak kebebasan individu di media sosial serta akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memulakan usaha meminda akta-akta bawah pengawasan kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa sejak 20 Jun lalu.-SM


Show More

Related Articles

Back to top button