fbpx
Bola SepakSukan

Tak mungkin Pogba tinggalkan MU

KHABAR angin yang mengatakan bahawa pemain bola sepak Manchester United, Paul Pogba yang ingin meninggalkan kelab tersebut saban tahun pasti akan kedengaran.

Namun, rakan baik kepada pemain di posisi tengah itu, Adnan Januzaj berkata yang Pogba tidak akan sama sekali meninggalkan kelab tersebut.

Januzaj dan Pogba sebelum ini sama-sama bermain di akademi Manchester United. Namun, Januzaj telah memilih untuk bermain di kelan Real Sociedad.

Menurut Sky Sports, Januzaj memberitahu yang Pogba akan cinta dengan kelab Manchester Uniterd.

“Tidak mungkin Pogba akan meninggalkan Manchester United.


“Apatah lagi kelan itu memberi kepercayan penuh kepadanya untuk beraksi di dalam liga,” katanya.

Jelas Januzaj lagi, dia sebelum ini bersama di dalam pasukan akademi dan dia tahu bagaimana Pogba begitu setia dengan MU.

Manchester United akan bertemu dengan Tottenham Hotspur bagi perlawanan pada Sabtu depan.

Pogba juga dilihat sudah pulih daripada kecederaan dan kembali berlatih. Besar kemungkinan pemain dari Perancis itu akan kembali ke kesebelasan utama. – SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button