Nasional

Polis cari El bantu siasatan kes culik dan bunuh Datuk Seri

Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan kes culik dan bunuh seorang lelaki bergelar Datuk Seri.

Lelaki tersebut, Sheikh Ismail Sheikh Hassan, 26, juga dikenali sebagai El mempunyai alamat di Apartment Bukit Teratai, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

CULIK
Kawasan rumah dipercayai mangsa disembunyikan selepas diculik. -Gambar NSTP

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, bedah siasat terhadap mangsa masih lagi dijalankan dan akan disambung pada 2 Jun depan.

“Kita telah menahan tujuh suspek termasuk seorang warganegara asing pada kelmarin dan semalam.

“Seorang daripada suspek yang ditahan juga ialah seorang yang berpangkat Datuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> 395 ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir di Sabah

Menurut Fadzil, kesemua suspek kini telah ditahan reman untuk siasatan

Semalam, media melaporkan penemuan mayat yang dipercayai seorang Datuk Seri berusia 55 tahun di Kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya kira-kira pukul 9 pagi semalam.

BACA> Pandu mabuk, empat ditahan

Mangsa diculik ketika sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi

Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta (RM154 juta).

CULIK
Antara suspek yang ditahan polis berkaitan kes culik dan bunuh Datuk Seri. – Gambar Sinar Harian.

Fadzil berkata, susulan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa, pihaknya telah menahan beberapa suspek dah hasil soal siasat mendapati mangsa meninggal dunia selepas tiga atau empat hari.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 3 Akta Culik 1961. -SM

 

(Visited 692 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button