Politik

Pas tidak akan bubarkan DUN di tiga negeri

MUKTAMAD! Pas kekal tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri di bawah pentadbiran mereka iaitu Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata Pas akan turut memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi PRU-15, atas prinsip penyatuan ummah.

“Melalui mesyuarat ini juga, Pas memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya.

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button