Nasional

Tiga pengamal media diperkenan sampaikan khutbah Jumaat esok

SEMPENA sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertema “Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam,” Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan memberi peluang kepada tiga pengamal media daripada tiga organisasi berbeza di negeri tersebut untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di beberapa kawasan esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, ia adalah sempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

Menurut Mohd Annuar, Jabatan Penyiaran Negeri Perak serta Persatuan Pengamal Media Perak telah mengemukakan tiga nama pengamal media kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak untuk mendapat tauliah membaca khutbah di tiga masjid di Perak.

“Sultan Nazrin menitahkan agar Khutbah Jumaat di negeri Perak pada esok bertemakan “Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.”

“Peluang ini diberikan sebagai mengiktiraf peranan penting wartawan kepada negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Annuar berkata, antara pengamal media yang diberi peluang untuk membacakan khutbah esok ialah Nazmi Yaakub dari Berita Harian.

Beliau berkata, Nazmi telah diperkenankan tauliah untuk membaca Khutbah Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.

Selain itu, Saifullah Ahmad dari Sinar Harian pula ditugaskan menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh manakala Mohd Fahmi Mohd Nor dari RTM bakal menyampaikan khutbah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. – SM

BACA Jangan jadikan tongkat khutbah bahan lawak

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button