Jenayah

Tajuddin dikompaun RM1,500

Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bakal dikompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media pada 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihak Pejabat Peguam Negara sudah mengembalikan kertas siasatan berkaitan pelanggaran SOP oleh Tajuddin itu, semalam.

“Pejabat Peguam Negara memutuskan mengenakan kompaun RM1,500 ke atas beliau kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Tindakan itu selepas beliau gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT KLCC seperti disyaratkan dalam SOP PKP yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button