Nasional

1.01 juta terima dua dos vaksin Covid-19

SERAMAI 1,014,342 individu di negara ini melengkapkan pengambilan dua dos vaksin Koronavirus (Covid-19) sejak bekalan pertama diterima pada Februari lalu hingga 28 Mei.

Pada 28 Mei sahaja, seramai 73,776 orang menerima dos pertama menjadikan keseluruhan individu disuntik vaksin setakat ini adalah seramai 2,786,152 orang.

Daripada jumlah itu juga, seramai 1,771,810 orang sedang menunggu giliran untuk mengambil dos vaksin kedua.

“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 28 Mei 2021 ialah 2,786,152 dos. (campur 73,776 pada 28 Mei).

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 1,771,810 orang. Daripada jumlah itu, 1,014,342 orang telah terima dos kedua.”

Demikian makluman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi ciapan dalam Twitternya petang semalam.

Dalam hantaran sama, beliau turut memaklumkan seramai 11,788,915 sudah mendaftar untuk pengambilan vaksin.

Menurut laporan daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), tiga negeri mencatatkan pendaftaran vaksin lebih sejuta orang iaitu Selangor (3,159,392), Johor (1,441,910) dan Sarawak (1,206,076).

Jumlah itu juga menunjukkan sebanyak 48.6 penduduk di negara ini bersedia untuk menerima vaksin, sementara kerajaan sebelum ini menyasarkan imuniti kelompoh sebanyak 80 peratus atau 26 juta orang.

Sehingga Jumaat lalu, Selangor menjadi satu-satunya negeri yang sudah pun memberikan dua dos vaksin kepada lebih 100,000 penduduknya.

Negeri lain yang hampir melepasi angka itu adalah, Sarawak (96,450 orang), Kuala Lumpur (94,397 orang) dan Perak (90,882 orang).

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan, kadar pengedaran vaksin di negara ini rendah dan perlu mencapai sasaran sekurang-kurangnya 95,129 orang disuntik pada setiap hari sehingga hujung tahun ini supaya sasaran imunisasi kelompok dapat dicapai.

Justeru, Dr. Adham menyeru rakyat Malaysia supaya mendaftar di MySejahtera, layari www.vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800-88-8828. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button