Nasional

Tahun baharu, petrol pun harga baharu, naik 4 sen

HARI pertama tahun 2021 menyaksikan harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter.

Sementara harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.84 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.

“Harga runcit diesel naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button