Jenayah

Hisap vape: KKM denda Hishammuddin

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia telah mengenakan denda terhadap Menteri Luar Hishammuddin Tun Hussein berhubung perbuatannya menghisap vape dalam Dewan Rakyat hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau mengakui kesalahan yang dilakukan dan akan membayar denda yang dikenakan.

Jelas beliau, tiada siapa pun yang boleh mengatasi undang-undang termasuk dirinya.

“Sekali lagi saya mohon maaf kepada Dewan yang mulia serta seluruh rakyat Malaysia. Saya janji tidak akan ulangi kesalahan ini.

“Saya juga tetap berpendirian bahawa tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. Kementerian Kesihatan telah mengenakan denda – saya akan bayar. Terima kasih semua atas teguran dan nasihat,” kata Hishammuddin.

Klip video berdurasi sembilan saat di  Dewan Rakyat menunjukkan Hishammuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape di seluruh Malaysia, dikuatkuasakan bermula tahun 2020.

Mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan denda RM250, namun boleh dikurangkan ke RM150, jika denda itu dibayar dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Kalau degil dan tidak mahu bayar boleh dikenakan saman maksimum hingga RM10,000.-SM

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button