Hiburanpilihan

Tahap oksigen menurun, Siti Sarah dikejarkan ke hospital

PENYANYI yang sedang menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan positif Covid-19, Siti Sarah Raissuddin dikejarkan ke Hospital Universitii Kebangsaan Malaysia (HUKM) ekoran tahap oksigen yang semakin menurun.

Pengurusnya, Nana Mohd Rom berkata, Siti Sarah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

“Mereka sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

“Shuib memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan selamat tanpa sebarang masalah,” katanya.

Untuk rekod, Siti Sarah kini sedang mengandung anak keempat yang kini memasuki bulan ke tujuh.

Terdahulu, Siti Sarah, suaminya, Shuib dan tiga orang anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6 tahun disahkan positif Covid-19. -SM

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button