Nasional

Tahanan di Syria kena salai macam kambing golek

KUALA LUMPUR – Regim Syria menggunakan berpuluh cara untuk menyiksa rakyat sendiri yang menentang dan disyaki terbabit dengan sebarang aktiviti anti kerajaan.

Berdasarkan bukti yang berjaya diseludup keluar oleh bekas jurugambar regim yang dikenali dengan kod nama Caesar., ia mendedahkan 72 cara telah digunakan.

Melalui gambar berkenaan, identiti 801 individu telah dikenalpasti bertanggungjawab terbabit melakukan kezaliman itu.

Lakaran dan butirannya kemudian dimuat naik Syian Network for Human Rights (SNHR) di laman Facebooknya.

Ia menunjukkan 27 imej tahanan diperlakukan di luar batasan kemanusiaan dan menjalani pelbagai cara siksaan dari sekecil-kecil dengan dicucuk jarum, pin atau skru ke bahagian badan tahanan sehingga ke tahap disalai seperti “kambing golek”.

Itu belum kira mereka yang diberi renjatan elektrik dan dibelasah tanpa belas ihsan sampai mati.

“Laporan mendedahkan tiga kaedah asas siksaan: penderaan fizikal, yang terdiri daripada 39 cara, penafian hak mendapat rawatan membabitkan enam cara, keganasan seksual, lapan cara, penderaan psikologi dan penghinaan maruah manusia, lapan cara, penderaan di hospital tentera sembilan cara dan sebagai tambahan dipaksa menjadi buruh paksa sebagai cara pengasingan”, kata SNHR.

Dalam laporan setebal 65 muka surat, SNHR merekodkan kematian lebih 14,131 tahanan antara Mac 2011 hingga September 2019, di mana 173 kanak-kanak dan 45 wanita turut menjadi korban siksaan.

Jumlah itu termasuk 189 orang yang dibunuh sepanjang tahun ini.

Menurutnya, sejak kebangkitan menuntut hak demokrasi pada Mac 2011, hampir 1.2 juta rakyat Syria telah ditahan. Selepas lebih lapan tahun, 130,000 daripada mereka kini masih dipenjara.

Perincian mengenai imej dan butiran siksaan yang dilakukan tentera regim dan sekutunya ke atas rakyat Syria boleh didapati di laman Facebook Anas Alshamy dan sn4hr.org.

 

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button